suria

Malaysia rekod 19,057 jangkitan baharu Covid-19

Jumlah kes keseluruhan Covid-19 mencecah angka 1,824,439 setakat ini.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 19,057 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,824,439 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 256,302 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 19,057 kes baharu yang dilaporkan, 19,047 kes merupakan penularan tempatan manakala 10 kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,775 kes diikuti Sarawak (2,723), Sabah (2,279), Johor (2,077) dan Pulau Pinang (1,558)

Perlis merekodkan 99 kes manakala Labuan merekodkan sembilan kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 362 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,883 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 21,582 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,550,254 kes.

"Sehingga kini, terdapat 978 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 460 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Selangor, kes harian

Artikel Lain