suria

Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di IJN

Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada usia 80 tahun.Foto: KAMARUL ARIFFIN/The Star

BEKAS pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 10.15 pagi, Sabtu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar, lapor Astro Awani.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar.

Di antara kes-kes berprofil tinggi yang diuruskan oleh Allhyarham sepanjang kerjayanya termasuklah kes Botak Chin dan P Kalimuthu, yang lebih dikenali sebagai Bentong Kali.

Allahyarham juga antara pegawai kanan polis yang paling awal berada di lokasi tragedi Highland Towers pada tahun 1993.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor dari tahun 1975 hingga 1978 dan dilantik sebagai ketua pengarah Penjara pada tahun 1997. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain