PEMOHON Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini boleh menyemak status kelulusan rayuan mereka mulai hari ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung bulan ini bersama dengan penerima bayaran BPR Fasa 3. "Semakan status kelayakan boleh dibuat mulai 18 September di laman web bpr.hasil.gov.my dan seramai 200,000 pemohon akan dimanfaatkan dengan jumlah peruntukan RM240 juta. "Bayaran akan disalurkan pada penghujung September, insyaAllah," tulisnya di laman Twitter pada Jumaat. Menerusi satu lagi perkongsiannya di platform tersebut, Tengku Zafrul turut memberitahu bahawa penyaluran bayaran sebanyak RM500 untuk GKP 4.0 Fasa 1 akan dibuat mulai 21 September 2021 kepada 1 juta PKS mikro dengan peruntukan RM500 juta. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI