KADAR kematian dalam kalangan individu yang sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 kurang daripada 0.01 peratus daripada 14 juta individu, kata Khairy Jamaluddin. "Ya, kami sedar akan ada kematian dalam kalangan mereka yang diberi vaksin sepenuhnya jika mereka dijangkiti koronavirus kerana vaksinnya tidak 100 peratus berkesan. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik reda ibu tak dapat ‘keajaiban kali kedua’... untuk penyakit Covid-19 - “Sebelum masuk wad dah tak janji akan balik dengan selamat” "Tetapi angka itu membuktikan keberkesanan vaksin," kata Menteri Kesihatan itu di Dewan Rakyat pada Khamis. Khairy berkata, maklumat itu diperoleh daripada kajian baru-baru ini yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Negara terhadap 14 juta individu yang telah diberi vaksin sepenuhnya. "Angka kematian dalam kalangan penerima vaksin lengkap, tidak kira sama ada vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca, adalah 0.01 peratus," katanya. Tambah beliau, kajian itu juga mendapati bahawa peratusan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi mereka yang dijangkiti Covid-19 setelah diberi vaksin sepenuhnya adalah 0.07 peratus. Selain itu, kes jangkitan semula dalam kalangan penerima vaksin juga rendah. Penemuan lengkap kajian itu akan diumumkan tidak lama lagi, tambahnya. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI