BERDASARKAN capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok (herd immunity). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pakar kesihatan dunia kini telah berhenti menggunakan formula berkenaan dan fokus memvaksinasi sebanyak mungkin populasi penduduk kerana penularan varian Delta menyebabkan sasaran imuniti kelompok sebelum ini iaitu 80 peratus, terjejas. ARTIKEL BERKAITAN: Upah shooting dan edit video hanya RM100, jurufoto minta jangan pertikai harganya! - “Pelanggan luar Kelantan, tunggu boleh rentas negeri” ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk tolong orang Terengganu, sambut birthday dengan anak yatim buat Ervan Rizuan insaf... sedar dirinya disayangi - “Warden tu cam suara saya” Katanya, ini kerana penularan varian Delta menyebabkan sasaran imuniti kelompok perlu melebihi tahap yang disasarkan sebelum ini iaitu 80 peratus. "Saya sebagai Menteri KKM, saya tidak lagi guna terma herd immunity. Pada waktu kita mulakan program vaksinasi, kita guna formula konvensional untuk kira herd immunity yang didapati bahawa 80 peratus (penduduk dewasa) vaksinasi baru capai herd immunity. "Tapi pada masa itu sebelum penularan varian Delta. Delta pada dasarnya menjejaskan pengiraan imuniti kelompok dan ia adalah sukar untuk menyatakan bila kita dapat (capai) herd immunity, sebab itu kita jangan lagi melihat dengan herd immunity, kita kena lihat liputan itu (vaksinasi) seluas mungkin,” katanya ketika menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di ibu negara pada Khamis. Beliau memberi penjelasan itu apabila Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bangun dan mempersoalkan mengapa kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di Malaysia masih tinggi, sedangkan kadar vaksinasi penduduk dewasa melebihi 80 peratus. Pada Selasa, negara mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, lebih awal daripada sasaran melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari lepas dalam usaha membendung penularan Covid-19 di seluruh negara. Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, aktiviti rentas negeri tidak mengakibatkan peningkatan kes Covid-19 sekiranya kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus. Beliau berkata, lonjakan kes jangkitan berpunca daripada pengumpulan atau 'congregation'. "Kita telah membuat unjuran apabila mencapai 90 peratus vaksin, lebih kurang liputan untuk seluruh penduduk lebih 60 peratus. (Maka) Kita akan meningkatkan pemberian vaksin kepada remaja. "Kita juga telah membuat keputusan bahawa rentas negeri boleh dan ia tidak akan sebabkan peningkatan kes tetapi 'congregation' yang meningkatkan penularan jangkitan. "Justeru, membenarkan rentas negeri bukan isu sangat," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI