suria

Screenshot sembang lucah, panggilan video aksi tak sopan tersebar... sekali lagi Ebit Lew dikaitkan!

Muncul satu lagi rakaman berlainan di media sosial, memaparkan aksi tidak sopan seorang individu mirip Ebit Lew. Foto: Instagram Ebit Lew.

NAMA pendakwah terkenal Ebit Lew bagaikan tak henti-henti dibadai cerita sensasi sejak menyertai misi kemanusiaan ke Palestin pada Julai lalu.

Selain pertelingkahan dengan penyanyi rap Caprice serta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri, nama Ebit turut dikaitkan dengan satu video lucah mirip wajahnya pada waktu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Video tersebar... benarkah ada usaha jatuhkan Ebit Lew?

ARTIKEL BERKAITAN: “Fitnah yang sangat kejam, melampau” - Ebit Lew selesai beri keterangan di Bukit Aman

Setelah beberapa bulan berlalu, nama pendakwah itu sekali lagi 'panas' apabila muncul satu rakaman lain, memaparkan individu mirip dirinya sedang melakukan panggilan video dalam keadaan tidak sopan di atas katil.

Video berdurasi seminit 22 saat itu kini sedang berlegar-legar menerusi aplikasi Telegram.

Malah, carian mStar di Twitter menggunakan kata kunci 'Ebit Lew' turut membawa kepada penemuan banyak tweet sinikal yang memperkatakan mengenai video itu serta dakwaan gangguan seksual yang kini sedang disiasat pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beberapa paparan skrin mesej perbualan, didakwa antara pendakwah itu dengan seorang wanita turut tersebar di media sosial.

ebit

Ebit pada Ogos lalu dipanggil memberi keterangan berhubung satu kes dakwaan gangguan seksual.

Untuk rekod, mStar pada 26 Julai lalu melaporkan tular rakamn seorang individu mirip pendakwah itu yang sedang melakukan aksi tidak sopan di atas katil.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit memberi keterangan di Bukit Aman berhubung satu kes dakwaan gangguan seksual.

Ebit ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Bukit Aman berkata, beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu selama kira-kira sejam.

Tambah Ebit, beliau dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan tersebut.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain