suria

Sesi persekolahan di Terengganu, Kelantan bermula esok

Dr Radzi berkata pembukaan sekolah di Terengganu, Kelantan dan di Langkawi bermula esok adalah secara berperingkat. Gambar hiasan

TERENGGANU dan Kelantan yang termasuk dalam negeri kumpulan A serta Pulau Langkawi (Kedah) akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada Ahad.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pembukaan sekolah di setiap negeri berkenaan adalah secara berperingkat dan tidak membabitkan semua murid.

"Pembukaan sekolah di Terengganu, Kelantan dan di Langkawi bermula esok adalah secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah tak boleh selamanya ditutup, tapi ibu bapa diberi pilihan - Radzi

"Tidak semua murid perlu hadir ke sekolah esok. Ibu bapa juga perlu peka terhadap Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri masing-masing serta fasa persekolahan anak-anak mereka bagi memastikan proses anak-anak ke sekolah berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Mereka juga disarankan mengikut ketetapan pelan komprehensif pengoperasian sekolah seperti diumumkan KPM sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terengganu beralih ke Fasa 3 PPN pada 17 September lepas, manakala Kelantan beralih pada Fasa 2 sejak 5 Julai lalu dan dijangka memasuki Fasa 3 awal bulan ini.

Ujarnya, negeri-negeri dalam kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan pada Isnin.

Dalam pada itu, Radzi berkata, pihak sekolah perlu memastikan aspek pengudaraan di dalam kelas di samping bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP) sentiasa dalam keadaan baik sepanjang sesi persekolahan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain