suria

Cubaan melarikan diri gagal, wanita disyaki kena Covid-19 terperangkap di luar tingkap bangunan hospital

Bomba menerima panggilan mengenai cubaan melarikan diri pada jam 6.19 pagi.

SEORANG suspek pesakit Covid-19 di daerah Keningau, Sabah terperangkap di luar tingkap bangunan ketika cuba melarikan diri dari hospital.

Ketua Balai Bomba Keningau Sharudy Delamin berkata, wanita berusia 24 tahun itu telah dibawa ke hospital pada Sabtu setelah dia disyaki dijangkiti virus itu.

Namun, dia cuba melarikan diri pada awal pagi Ahad, katanya ketika dihubungi.

Dia berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai cubaan melarikan diri pada jam 6.19 pagi.

“Pasukan kami menggunakan tangga untuk membawa dia turun.

"Dia terperangkap di luar tingkap di tingkat pertama salah satu blok hospital dan tidak dapat turun," kata Sharudy.

Tambahnya, wanita itu diserahkan kepada pegawai perubatan setelah dia dibawa turun dengan selamat.

Punca kejadian masih belum dikenalpasti dan dia juga tidak cedera dalam kejadian itu. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain