suria

Zolkples Embong meninggal dunia

Allahyarham yang berusia 62 tahun meninggal dunia di kediamannya, pagi Ahad.

SATU kehilangan besar buat industri sukan negara.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang meninggal dunia pada pagi Ahad.

Allahyarham yang berusia 62 tahun meninggal dunia di kediamannya, dipercayai akibat sakit jantung.

Khabar duka itu turut dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi Facebook.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Bekas Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia, Datuk Seri Zolkples Embong meninggal dunia pagi ini.

"Semoga rohnya mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain