KES harian baharu Covid-19 menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 8,045 kes pada Isnin. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di negara ini berjumlah 2,285,640. Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,189 jangkitan diikuti Kelantan dengan 1,020 jangkitan. Data itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi Twitter. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI