suria

Tarikh peralihan ke fasa endemik akan diumum apabila tiba masanya

Jelas Hishammuddin, tarikh fasa endemik bergantung kepada apa yang akan berlaku selepas kelonggaran-kelonggaran yang telah umumkan dalam beberapa bulan sebelum ini. Foto: BERNAMA.

TARIKH bagi rakyat negara ini memasuki ke fasa endemik akan diumumkan apabila tiba masanya.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ia bergantung kepada kesan kelonggaran yang diumumkan kerajaan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 7,276 kes baharu direkodkan hari ini

Ujar beliau, Mesyuarat ke-5 Menteri Kuartet Covid-19 pada Selasa telah membincangkan tarikh bagi fasa endemik, namun ia hanya akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

“Mesyuarat ada membincangkan tarikh tapi saya tidak boleh mengumumkan kerana 'hashtag' (tanda pagar) kita ‘reopening safely’. Jadi, apa yang kita mahu umumkan mesti bersandarkan kepada data dan fakta.

“Sekarang sekurang-kurangnya ada struktur yang kita lihat ke hadapan, ke arah fasa endemik. Cuma saya bimbang dengan kebenaran rentas negeri dan menghapuskan MyTravelPas, memikirkan rakyat kita keluar negara tak termasuk pembukaan sekola dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jadi kita akan menentukan (pengumuman fasa endemik) bergantung kepada apa yang akan berlaku selepas kelonggaran-kelonggaran yang kita telah umumkan dalam beberapa bulan sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen di sini pada Selasa. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain