suria

Kanak-kanak autistik maut ditinggalkan 3 jam dalam van, pemandu ditahan

Polis akan memohon perintah reman untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

SEORANG pemandu van berusia 34 tahun ditahan berikutan kematian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan awal menunjukkan bahawa suspek telah mengambil mangsa dan sepatutnya menghantar kanak-kanak autistik itu ke pusat jagaan harian di Taman Nusari Aman pada Selasa.

"Bagaimanapun, suspek nampaknya lupa melakukan itu dan pulang ke rumah tanpa menyedari bahawa mangsa masih berada di dalam kenderaan.

"Mangsa tetap berada di dalam van selama tiga jam sejak pukul 2.30 petang dan kemudiannya didapati sudah tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar tetapi disahkan meninggal dunia.

Polis menerima laporan sekitar jam 7.45 malam semalam.

Ujar beliau, polis akan memohon perintah reman untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bedah siasat juga akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain