suria

Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian diserang angin ahmar

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

BEKAS Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diserang angin ahmar di kediamannya di Johor Bahru, Johor, pada pagi Rabu (13 Okt).

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor, Md Nasir Hashim berkata, Adun Kempas itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Johor tak jawab soalan media isu ijazah UPM

"Beliau (Osman) diserang angin ahmar (strok) antara pukul 10 pagi ke 11 pagi, dan segera dibawa ke hospital," katanya ketika dihubungi.

Md Nasir yang juga seorang senator berkata dia menerima berita mengejutkan itu semasa berada di Dewan Negara.

Sementara itu Adun Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh berkata, Osman akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Osman, 70, adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada Bersatu yang dilantik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Beliau memegang jawatan tersebut kira-kira 11 bulan sebelum melepaskannya pada April 2019. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain