KERAJAAN telah dan akan meneladani inisiatif dan strategi yang dilaksanakan Rasulullah sebagai panduan dalam pentadbiran negara, demi kemakmuran Keluarga Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya sempena Maulidur Rasul berkata, kerajaan akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan dalam menikmati faedah daripada pelbagai polisi, inisiatif dan insentif yang akan diperkenalkan dan dirancang kerajaan.ARTIKEL BERKAITAN : Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh di sebuah hotel di Pulau Pinang Katanya, Rasulullah adalah model dalam mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan kemanusiaan melalui usaha baginda untuk menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan. Ini, selari dengan Perlembagaan Persekutuan antaranya Perkara 12 yang memberikan hak asasi untuk semua warganegara mendapat pendidikan tanpa sebarang diskriminasi sama ada atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Menurut Ismail Sabri, seluruh Keluarga Malaysia perlulah berganding bahu untuk membantu negara mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini. Tambahnya, jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu terletak pada kesatu dan kesepaduan penduduknya. Rasulullah misalnya, telah mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai suku kaum yang tinggal berhampiran Madinah di wilayah utara dan selatan untuk meningkatkan kesefahaman dan memperbaharui hubungan berlandaskan prinsip kebenaran serta menghindar kekacauan selain pertembungan kuasa, katanya. "Kita perlu berganding bahu untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dalam norma baharu. "Apa jua perbezaan, kita jadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan, kita jadikan sebagai sumber kekuatan. "Kita jalin dan kukuhkan kembali perpaduan dengan ikatan kasih sayang dan toleransi sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar," katanya pada Selasa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI