suria

Tiada laporan polis dibuat mengenai dakwaan cabul Nur Sajat

Dakwa Nur Sajat, dia disentuh pada bahagian alat sulit ketika penahanannya.

POLIS belum menerima sebarang laporan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat yang mendakwa diserang secara seksual oleh pegawai penguat kuasa ketika ditangkap pada awal tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis hanya menerima laporan bahawa Nur Sajat dikasari semasa penangkapan dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada bulan Januari.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat dakwa dicabul pegawai penguatkuasa ketika ditangkap Januari lalu, Jais minta kemuka bukti

"Kami membuka siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sengaja mendatangkan kecederaan.

"Tidak ada laporan mengenai serangan seksual atau penganiayaan dalam laporan polis," katanya pada Khamis.

Tambahnya, tuduhan mengenai kekasaran itu masih disiasat.

Dakwa Nur Sajat, dia disentuh pada bahagian alat sulit ketika penahanannya.

"Mereka fikir tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada saya kerana saya dianggap sebagai lelaki," ujarnya.

Dia berkata demikian menerusi temubual bersama portal New York Times.

Menurut Nur Sajat yang kini diberi suaka di Australia, ibunya turut menjadi saksi ketika kejadian itu berlaku. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain