CUACA sekarang memang berbahang - panas lit lit kata orang. Justeru ramailah yang terpaksa bergantung kepada penghawa dingin untuk tempoh panjang dan tentu sekali ia antara faktor penyumbang kepada peningkatan bil elektrik bulanan. Komited untuk membantu pengguna di Malaysia mengurangkan kos elektrik dan menyumbang ke arah pengurangan kesan rumah hijau, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) kini menyediakan solusi pemasangan solar bumbung yang berupaya memberi penjimatan antara 30 sehingga 50 peratus kepada sektor komersial, industri dan agensi kerajaan. Untuk sektor kediaman, kosnya mungkin nampak agak tinggi bagi sesetengah pihak, namun penjimatan yang mampu diberikan terutama sekali kepada mereka yang mempunyai bil bulanan melebih RM150, memang sangat berbaloi. Pengarah Urusan GSPARX, Elmie Fairul Mashuri berkata, kepakaran GSPARX dalam pemasangan solar bumbung dan penyelenggaraan panel solar bumbung kini menjadi pilihan utama syarikat pemaju yang ingin menyediakan kediaman mampan dan pintar. Elmie berkata pakej pemasangan solar bumbung GSPARX kini menjadi pilihan utama syarikat pemaju yang ingin menyediakan kediaman mampan dan pintar. Antara projek perumahan yang sudah menjadi sebahagian daripada revolusi solar GSPARX termasuklah projek Ilham Residance milik Sime Darby Property di Elmina Grove, Shah Alam yang dijangka siap pada tahun 2023. Pemasangan solar bumbung dan penyelenggaraan panel solar bumbung yang ditawarkan oleh GSPARX juga sudah mula menarik minat pemaju lain. Mereka yang menetap di bangunan bertingkat seperti apartmen dan kondominium juga boleh turut merasai penjimatan bersama menerusi penggunaan panel solar ini yang boleh dipasang di atas bumbung fasiliti untuk menjimatkan kos elektrik di ruangan utama seperti lobi, gim, tempat letak kereta bertutup serta kawasan lain yang bersesuaian. Selain premis kediaman, solar bumbung juga sangat sesuai dipasang di bangunan kerajaan dan komersial seperti universiti mahupun hospital. Universiti Tun Hussein Onn di Johor misalnya antara kampus yang sudah dilengkapi dengan 15,000 keping solar panel merangkumi kawasan seluas 33,521 meter persegi - atau bersamaan dengan keluasan empat padang bola sepak serta berupaya untuk menjana kapasiti tenaga solar sehingga 7MWp. Para pelajar universiti tersebut juga turut menerima satu unit panel solar percuma yang berkapasiti 10kWp, cukup untuk menjana elektrik sebuah rumah yang mempunyai bil bulanan mencecah RM400 sebulan. Unit yang dipasang ini turut memberi peluang kepada kumpulan pelajar serta pensyarah untuk mempelajari mengenai sistem solar serta cara pemasangan solar photovoltaic (PV). Pemasangan solar bumbung oleh GSPARX juga telah terbukti berkesan apabila membantu Majlis Bandaraya Ipoh mencapai penjimatan sehingga 22 peratus atau bersamaan dengan RM2.5 juta melalui projek solar bumbung di Pusat Transformasi Bandar Perak di Ipoh. “Matlamat kami adalah untuk menjadi enabler bagi mengurangkan bebanan kewangan dihadapi sektor komersial, industri dan kerajaan yang ingin menggunakan solar. “Dengan adanya solusi tiada wang pendahuluan atau zero-capex, pelanggan tidak perlu mengeluarkan dana permulaan yang tinggi untuk menggunakan tenaga solar,” kata Elmie. GSPARX membantu Majlis Bandaraya Ipoh jimat sehingga 22 peratus atau RM2.5 juta melalui projek solar bumbung UTC di Ipoh. Jelasnya, semakin banyak syarikat komersial dan industri telah mula sedar akan kebaikan pemasangan solar bumbung ini. "Sejak dua tahun kebelakangan ini, kami telah melaksanakan semua projek utama kami dan kami menjangkakan 20MWp tambahan tenaga solar akan dapat dijana menjelang akhir 2021," katanya. Menurut Elmie, GSPARX menyediakan khidmat nasihat percuma bagi membantu pelanggan memilih pakej yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Jelasnya, pelanggan hanya perlu mendaftar dan pihak GSPARX akan menguruskan segala urusan pemasangan solar bumbung termasuk reka bentuk. Pelanggan komersial, industri dan kerajaan bakal menikmati pengurangan pada bil bulanan mereka pada kadar 30 hingga 50 peratus. Solar bumbung ini juga dikatakan mampu memberi penjimatan RM2 juta hingga RM30 juta untuk jangka masa panjang. Selain urusan pemasangan, GSPARX juga akan menyelenggara panel solar terbabit sepanjang tempoh kontrak perjanjian. Untuk pelanggan kediaman, GSPARX menyediakan pelbagai kemudahan pembayaran seperti faedah sifar (zero interest) bagi pengguna kad kredit dan pinjaman. Ia bekerjasama dengan Maybank untuk memberi pinjaman gadai janji dan Bank Islam untuk pembiayaan peribadi pada kadar yang menarik. Institusi kewangan lain dijangka akan turut serta tidak lama lagi. GSPARX juga mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan untuk pemasang solar bumbung melalui program vendornya, selain membantu kerajaan mencapai sasaran tenaga boleh baharu (Renewable Energy). Sejak tiga tahun ini, GSPARX telah memasang 100MWp projek solar bumbung kepada pelanggan kediaman dan komersial, seperti Mydin, Jabatan Kerja Raya, kementerian dan agensi kerajaan, Sime Darby, universiti, majlis tempatan dan kilang. GSPARX mensasarkan untuk memasang solar bumbung dengan jumlah kapasiti 300MWp. Ini bersamaan dengan menyalurkan tenaga elektrik ke 60,000 rumah selama setahun. Pelanggan boleh menghubungi GSPARX di talian 1300 80 7828 pada waktu bekerja atau melayari laman web di www.gsparx.com atau www.tnb.com.my/solar untuk keterangan lanjut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI