suria

Wanita warga asing nak masuk butik mewah tak pakai mask dikenal pasti, akan dipanggil polis untuk siasatan

Wanita warga asing bertengkar dengan beberapa petugas selepas dia dilarang memasuki sebuah premis.

POLIS telah mengenal pasti seorang wanita warga asing yang mencetuskan kekecohan di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis telah membuka siasatan berhubung kes tersebut.

"Ya saya boleh mengesahkan bahawa wanita terbabit telah dikenal pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang dilarang masuk premis di KLCC kerana tak patuh SOP, wanita warga asing anggap pemakai mask semuanya komunis!

ARTIKEL BERKAITAN: "Di Rom ikut cara mereka tapi di Malaysia, tolong pakai pelitup muka!" - KJ beri amaran patuhi SOP di negara ini

"Kita telah membuka siasatan bagi pelanggaran prosedur operasi standard di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, wanita berkenaan akan dipanggil untuk disoal siasat tidak lama lagi.

Terdahulu, dilaporkan Kementerian Kesihatan meneliti insiden seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka untuk masuk ke sebuah butik mewah di pusat beli-belah terkenal itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, sesiapa saja perlu memakai pelitup muka tanpa mengira apa pun peraturan di tempat lain.

"Kalau berada di Rom, ikut cara mereka (tapi) kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka," tulis Khairy.

Tindakan wanita itu dikongsi oleh salah seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden tersebut berlaku.

"Sedang beratur di situ, tidak boleh masuk tanpa pelitup muka, wanita ini mahu masuk juga dan menyifatkan individu memakai pelitup muka sebagai komunis," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain