SEORANG wanita warga asing yang pernah menimbulkan kekacauan apabila dia enggan memakai pelitup muka ketika mengunjungi tempat awam baru-baru ini tampil dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter. Memperkenalkan dirinya sebagai Kerry dari Manchester, wanita terbabit mendakwa dia datang ke Malaysia sejak 20 tahun lepas. “Hati saya, jiwa saya (dan) anak-anak saya semuanya mempunyai rumah yang sangat kami sayangi di sini. "Lagu kami adalah kebebasan - kebebasan untuk memilih apa yang kita makan, ke mana kita pergi, dengan siapa kita keluar dan apa yang kita lakukan kepada badan kita, secara perubatan atau sebaliknya. "Ia adalah pilihan, pilihan anda, pilihan saya," katanya dalam video yang disiarkan di Twitter pada Sabtu (6 Nov). Tambahnya banyak negara lain sudah menarik balik mandat untuk memakai pelitup muka dan meminta penonton untuk "membentuk pendapat anda sendiri". Wanita ini sebelum ini tular apabila rakaman video dia bertengkar dengan pengawal dia dua tempat berbeza disebabkan keengganannya memakai pelitup muka tular di media sosial. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kemudian berkata beliau telah diberi notis kompaun berjumlah RM3,000. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI