suria

PRN Melaka: Proses penamaan calon berakhir 10 pagi

Pusat penamaan calon mula dibuka pada 9 pagi. Foto: Bernama

PROSES penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir pukul 10 pagi tadi.

Terdahulu, sebanyak 28 pusat penamaan dibuka bermula pukul 9 pagi.

Jam berikutnya adalah waktu untuk sebarang bantahan dikemukakan sebelum pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media mengenai proses penamaan calon di Menara Persekutuan selepas ini.

SPR menetapkan 20 November sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka, dengan pengundian awal pada 16 November.

Melaka mempunyai 28 DUN dengan jumlah 495,196 pemilih berdaftar iaitu 254,666 atau 51.43 peratus daripadanya adalah wanita dan baki 240,530 (48.57 peratus) merupakan lelaki. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PRN Melaka, SPR, penamaan calon

Artikel Lain