KEPUTUSAN sama ada dasar 'walk-in' akan dilaksanakan untuk suntikan penggalak (booster) Covid-19 akan dibuat pada petang Selasa, kata Khairy Jamaluddin. Menteri Kesihatan itu berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) dan pengumuman akan dibuat selepas itu. Pada masa ini, suntikan penggalak ditawarkan kepada warga emas, mereka yang terdedah kepada risiko serta petugas barisan hadapan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan. Ketika ini golongan yang layak untuk menerima suntikan penggalak dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera di mana mereka akan diberi tarikh temu janji dan tempat. Sehingga kini, negara telah memberikan lebih satu juta suntukan penggalak. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI