suria

Baru jawab periksa, calon SPM parah selepas terjatuh dari tingkat 4 bangunan sekolah

Pelajar tersebut dikejarkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk rawatan kecemasan. Gambar hiasan

SEORANG pelajar tingkatan lima mengalami patah tulang dan kecederaan dalaman selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya di Kulai, Johor.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata kejadian itu dilaporkan oleh seorang guru sekolah berkenaan pada pukul 1.26 tengah hari Selasa (16 November).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dari Sibu maut terjatuh tingkat lapan bangunan universiti di Taiwan

"Pelajar itu baru sahaja tamat menjawab peperiksaannya sebelum berjalan menuju ke koridor di tingkat empat blok sekolah," kata Beng Yeow.

"Dia kemudian jatuh kira-kira 40 meter dari tingkat empat.

"Selepas terjatuh, pelajar itu mengalami pendarahan di kepala dan mukanya, kedua-dua belah tangannya patah, dan mengalami kecederaan dalaman," tambah beliau.

Pihak sekolah segera menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk rawatan kecemasan, katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - THE STAR

Artikel Lain