suria

PRN Melaka: BN mendahului majoriti kerusi

BN telah mendahului 19 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan setakat jam 8.11 malam.

PERSOALAN serta teka-teki mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin menghampiri penghujungnya.

Dalam perkembangan setakat 8.11 malam, Sabtu, Barisan Nasional (BN) mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

ARTIKEL BERKAITAN: Demi satu undi di PRN Melaka, pesakit strok sanggup bayar RM200 naik ambulans

Menurut laporan Sinar Harian, BN telah mendahului 19 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan setakat jam 8.11 malam.

Antaranya, DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya.

Selain itu, BN turut mendahului di DUN Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Kelebang, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain