suria

Covid-19: 12 kes dikesan babitkan pekerja, gerai penjaja popular di Pulau Pinang diarah tutup sementara

Sebanyak 12 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan 12 peniaga dan pembantu di gerai penjaja tersebut.

GERAI penjaja makanan popular di Georgetown diarah tutup buat sementara waktu selepas jangkitan Covid-19 dikesan di lokasi tersebut.

Arahan tersebut membabitkan tapak penjaja sementara New Lane dan sebuah kedai kopi di bandaraya itu, selepas 12 peniaga dan pembantu mereka disahkan positif Covid-19.

"Penutupan tapak akan berkuat kuasa pada Selasa (23 Nov) sehingga diberitahu kelak sebagai langkah mencegah penularan virus," kata Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPS) dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru positif Covid-19, dua sekolah di Sarawak ditutup sementara

Ia berkata kerja pembasmian kuman dan sanitasi sedang dijalankan di tapak tersebut.

Perintah penutupan itu melibatkan 25 gerai di New Lane dan sebuah kedai kopi yang beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam.

MBPS dalam kenyataan sama turut menyeru peniaga supaya mematuhi perintah penutupan berkenaan atau berdepan dengan tindakan penutupan atau pembatalan lesen sekiranya ingkar.

"Orang ramai digesa mengambil maklum arahan penutupan itu dan dinasihatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," kata kenyataan itu lagi. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain