KES tidak pernah ditutup.
Demikian kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berhubung siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah Ebit Lew.
ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew, isteri dipanggil ke Bukit Aman
"Ingin ditegaskan kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA.
"Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian.
Pada 1 Oktober lalu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan.
Beliau hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.
Ogos lalu Ebit Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI