suria

Tidak diberi notis awal, kerajaan akan siasat kenaikan harga roti

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid. Foto: BERNAMA.

PENGUMUMAN mengenai kenaikan harga produk berasaskan roti keluaran Gardenia di Semenanjung Malaysia bermula 1 Disember ternyata menjadi bualan ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna akan meneliti kenaikan harga produk roti tersebut, kata Datuk Rosol Wahid.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli sotong goreng 2 ekor RM100, pelanggan tampil mohon maaf... individu lain punca posting jadi viral di FB

Timbalan Menteri itu berkata, beliau peka mengenai isu kenaikan harga beberapa produk Gardenia Bakeries (KL) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember ini.

“Sama ada benar atau tidak, kami akan siasat kerana kami tidak diberi notis awal,” katanya ketika menjawab isu itu di Parlimen pada Khamis.

Beliau disoal mengenai kenyataan daripada syarikat itu kepada peruncit mengenai kenaikan harga yang menjadi tular pada Khamis.

Mengikut senarai itu, sebanyak 38 produk akan dijual pada harga lebih tinggi mulai 1 Disember.

Dalam isu berasingan, Rosol menolak dakwaan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengenai kenaikan harga sayur yang melampau baru-baru ini.

Gardenia breads are checked before it is sliced.

Harga produk roti Gardenia naik bermula 1 Disember ini bagi pengguna di Semenanjung Malaysia.

"Bila pegawai penguat kuasa kita ke lapangan untuk melihat dan meninjau apa yang dimaklumkam, jadi bila tanya CAP mereka tidak boleh tentukan di mana, cuma mereka kata hanya cakap-cakap.

"Ini kerana CAP berkata mereka berdasarkan khabar angin," katanya lagi.

Namun begitu, Rosol mengakui terdapat sedikit kenaikan harga sayur kebelakangan ini.

Malah, ada laporan terkini menyatakan bahawa harga sayur-sayuran tertentu telah melonjak sehingga 200 peratus.

Ini termasuk kubis bunga (RM7 hingga RM16 sekilogram), choy sum (RM3 hingga RM9), brokoli (RM8 hingga RM20) dan sawi (RM5 hingga RM8).

Minggu lalu, Pengerusi Persatuan Pemborong Sayur Pulau Pinang Tan Ban Ben berkata bekalan sayur-sayuran dan harganya sebahagian besarnya ditentukan oleh cuaca.

Beliau berkata bekalan sayur-sayuran akan mencukupi untuk perayaan akan datang dan harga akan berkurangan apabila musim hujan berakhir. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Gardenia, roti Gardenia naik harga, KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, harga sayur naik, CAP

Artikel Lain