suria

Siasatan kes buli sedang dijalankan, 10 pelajar ditahan setakat ini

Enam daripada pelajar yang ditahan sebelum ini dijangka dibebaskan dengan jaminan polis lewat hari ini.

SERAMAI empat lagi pelajar ditahan polis, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 10 orang bagi membantu siasatan kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak.

Empat pelajar berusia 13 dan 15 tahun itu ditahan pada Sabtu, selepas enam ditahan lebih awal pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuk perut: Dua lagi pelajar ditahan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua pelajar itu akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai.

Siasatan dibuat selepas video seorang pelajar lelaki ditumbuk rakan sebayanya tular di media sosial.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik beberapa siri tweet yang menunjukkan sekurang-kurangnya lapan pelajar lelaki terlibat dalam kejadian itu.

Menurut beliau, enam daripada pelajar yang ditahan sebelum ini dijangka dibebaskan dengan jaminan polis lewat hari ini.

"Empat lagi akan dibebaskan pada Ahad, sebaik siasatan selesai," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain