JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh diskaun pembayaran kompaun sehingga 15 Disember. Pengumuman itu dibuat menerusi Facebook yang mana mereka mengesyorkan semua kompaun dibayar secara tanpa tunai (cashless). ARTIKEL BERKAITAN: PDRM kutip saman RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam Tambah pihak JPJ, diskaun itu sah di semua kaunter JPJ negeri, bahagian dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Sepanjang dua hari lalu orang ramai berkumpul di KLCC selepas kedua-dua polis dan JPJ mengumumkan diskaun sehingga 80 peratus untuk kompaun terpilih. Bagaimanapun, kaunter telah ditutup setakat petang Jumaat selepas mereka menerima jumlah kunjungan luar biasa, menyebabkan kebimbangan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI