suria

Tumbuk perut: Dua lagi pelajar ditahan

Beberapa pelajar menumbuk seorang pelajar di sebuah asrama.

POLIS menahan enam daripada tujuh pelajar yang didakwa terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuk perut: Empat pelajar 13 tahun ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik! Tular video buli pelajar disyaki di asrama 'maktab'... bangga tumbuk perut mangsa, ada yang jerit 'mantap gila'!

Terdahulu, empat daripada enam pelajar ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara pukul 6 hingga 7 petang pada Jumaat.

"Mereka masih ditahan di IPD Kuala Kangsar," katanya pada Sabtu.

Polis telah memanggil lapan pelajar berusia 13 tahun termasuk mangsa, bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan selepas tular video seorang pelajar lelaki dibuli dan ditumbuk di perut. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain