suria

Warga emas hendak ke masjid maut ditikam di hadapan rumah

Warga emas maut ditikam di hadapan rumah.

SEORANG warga emas yang hendak ke masjid maut ditikam menggunakan pisau di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Klang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun yang bekerja sebagai kontraktor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan dan risikan, polis berjaya menahan dua lelaki berusia 33 tahun termasuk suspek utama di sekitar Klang dan Shah Alam.

"Siasatan awal mendapati sekitar jam 12.35 tengah hari semasa mangsa berada di hadapan rumahnya untuk sembahyang Jumaat, secara tiba-tiba seorang lelaki berlari meluru ke arah mangsa dan menikam dengan senjata tajam sehingga rebah dan meninggal dunia.

"Salah seorang suspek bekerja sendiri manakala seorang lagi merupakan penganggur dan mereka dipercayai mengenali mangsa.

"Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Hoong Fong berkata, senjata yang digunakan untuk menikam mangsa turut berjaya ditemui dan hasil semakan mendapati suspek utama kes tersebut mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pada Sabtu di Mahkamah Klang," ujarnya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

warga emas, tikam, maut, rumah

Artikel Lain