suria

PDRM kutip saman RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam

PDRM kutip saman RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengutip kira-kira RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam sepanjang pelaksanaan tawaran diskaun saman sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan sejak Khamis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jumlah tersebut melibatkan jumlah pembayaran saman sebanyak 287,500 di semua saluran termasuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kaunter trafik seluruh negara.

"Sejumlah 74,312 saman membabitkan nilai RM3.4 juta pula berjaya dikutip melalui aplikasi dan portal MyBayar Saman," katanya pada sidang akhbar di KLCC pada Jumaat.

Mazlan berkata, kaunter pembayaran saman di KLCC sudah ditutup, namun orang ramai boleh membayar saman di kaunter trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

"Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi Mybayar Saman untuk membayar tunggakan saman secara dalam talian.

“Memang ada berlaku masalah untuk akses ketika waktu puncak namun orang ramai diminta bersabar dan terus menggunakan aplikasi itu sebagai alternatif pembayaran," katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PDRM, saman, trafik

Artikel Sebelum

Artikel Lain