suria

Covid-19: Malaysia rekod 4,626 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 4,626 kes Covid-19 pada Sabtu.

SEBANYAK 4,626 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.

Angka terbaharu itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Jumaat iaitu 5,058 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,688,149 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain