suria

Krismas: Aktiviti berkunjung hanya untuk penerima vaksin lengkap, koir dan upacara sembahyang dibenarkan ikut SOP

SOP untuk perayaan Krismas berkuatkuasa pada 24 dan 25 Disember. Foto: Faihan Ghani/The Star

HANYA individu yang menerima suntikan vaksinasi lengkap dibenarkan untuk melakukan aktiviti kunjungan ke rumah keluarga semasa sambutan perayaan Krismas, demikian menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

KPN dalam satu kenyataan mengenai prosedur operasi standard (SOP) perayaan itu turut memaklumkam, nyanyian carolling dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan

SOP tersebut akan berkuat kuasa pada 24 dan 25 Disember 2021.

"Bagi aktiviti keagamaan, upacara sembahyang dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), manakala persembahan koir di gereja dibenarkan, dengan penjarakan fizikal tidak kurang dari satu meter dan diwajibkan memakai pelitup muka atau face shield.

"Aktiviti berkunjung ke rumah keluarga dibenarkan hanya untuk penerima vaksin lengkap sahaja, manakala nyanyian carolling dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan

"Gerai Jualan Hari Krismas tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan," demikian menurut kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu juga, Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique menggesa semua penganut Kristian supaya menyambut perayaan itu sambil mematuhi norma baharu. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Artikel Lain