suria

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada pukul 7 petang, Khamis. Foto: AP/Vincent Thian

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam satu kenyataan, IJN berkata Dr Mahathir tiba pada pukul 7 malam Khamis (16 Disember).

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Dr Mahathir Bertambah Baik

Menurut kenyataan IJN lagi, bekas perdana menteri itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan memerlukan pemerhatian lanjut.

Tambahnya, Dr Mahathir dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang. - THE STAR

Artikel Lain