suria

Majoriti bekerjasama dengan AEON untuk membawa pelbagai tawaran menarik

Kerjasama itu dimeterai di pusat beli belah AEON Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: Glenn Guan/The Star.

KOLABORASI antara portal Majoriti dengan syarikat peruncitan terkemuka, AEON CO. (M) BHD. (AEON) sudah tentu bakal membawa pelbagai tawaran menarik dan eksklusif buat pembaca serta pelanggannya.

Kerjasama itu dimeterai pada Khamis, di pusat beli belah AEON Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, sekaligus menandakan permulaan kerjasama baharu antara dua entiti itu.

Ia ditandatangani oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow.

Sesi ini turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen, Timbalan Pengarah Urusan AEON, Tsutomu Motomura dan Ketua Produk Majoriti Chung Eng Lee.

Mengulas kerjasama itu, Eng Lee berkata, AEON berkongsi hasrat yang sama untuk membawa nilai tambah kepada pelanggan setia mereka.

"Majoriti bersedia untuk menyantuni orang ramai dengan membawakan berita-berita penting. Tambahan itu, kami berharap orang ramai akan menemui tawaran-tawaran bersesuaian bagi memenuhi gaya hidup mereka melalui platform Majoriti.

2

Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow (kiri) bersama Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin (kanan).

"AEON ialah rakan kongsi hebat yang meletakkan pelanggan mereka di barisan hadapan. Kesudian AEON untuk menyertai Majoriti dalam kami dalam perjalanan yang masih awal ini memberi makna mendalam kepada kami.

"Selain kadar langganan istimewa Majoriti dengan kadar hanya RM10 setahun, pemegang kad AEON juga bakal menikmati tawaran eksklusif yang hanya tersedia melalui platform Majoriti. Kami teruja untuk bekerjasama dalam meneroka lebih banyak cara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami," katanya.

Sementara itu, Ngai Yuen berkata, pihaknya peka dengan kehendan pelanggan dan berhasrat memenuhi kehendak mereka melalui pengembangan tawaran melalui platform Majoriti.

"Sebagai rakan kongsi, kami amat teruja dengan hala tuju berita dan kandungan platform Majoriti, kerana ini membuka peluang bagi memanfaatkan ekosistem kami.

3

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen (kiri) dan Ketua Produk Majoriti Chung Eng Lee (kanan).

"Selain daripada tawaran khas langganan bersubsidi bagi mendapatkan berita ekslusif untuk pelanggan AEON, kami juga sedang berusaha membawa kepelbagaian promosi bagi pelanggan terawal, agar dapat melebihi keperluan membeli-belah dan barangan runcit pelanggan kami,” katanya.

Sebagai portal berita bahasa Malaysia baharu yang memfokuskan untuk menyediakan laporan berita berkaitan isu semasa, Majoriti bersedia untuk menyediakan naratif menarik yang mencetuskan perbualan sambil membawa nilai tambah kepada penggunanya bersama rakan kongsi strategik mereka.

Menggunakan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisarkan tentang menyediakan berita dan pandangan tidak berat sebelah kepada orang ramai.

Majoriti kini mengorak langkah untuk meluaskan kerjasama dengan rakan kongsinya bagi menyediakan pelbagai tawaran menarik antara satu sama lain.

Untuk mengaktifkan langganan Majoriti, AEON akan menghantar semua ahli AEON kod promosi yang diperibadikan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Majoriti, boleh layari laman web majoriti.com.my

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Artikel Lain