SEORANG YouTuber didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak kerana memuat naik video menghina berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di halaman Facebook miliknya. Roshafee Abdul Hamid, 39, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Sesyen Norita Mohd Ardani pada Jumaat. Lebih dikenali sebagai "Apit Wan Lebo," namanya mendapat perhatian selepas memuat naik video menggunakan nama profil itu mengenai isu semasa yang melanda negara. Mengikut kertas pertuduhan, Roshafee telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 9 Mei tahun ini kira-kira jam 1.30 tengah hari. Keesokan harinya, video itu dilihat di laman Facebook miliknyanya oleh Jabatan Siasatan Jenayah polis daerah Batu Gajah. Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan kesnya didakwa oleh Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala Roshafeez diwakili peguam Keshvinder Singh dan Sukhdave Singh. Liyana meminta mahkamah menetapkan jaminan RM10,000, tetapi Keshvinder meminta jaminan minimum. Keshvinder berkata anak guamnya telah berkahwin, memiliki lima anak dan menjual "nasi lemak" di hadapan rumahnya di Kuala Kangsar. “Dia hanya berpendapatan kira-kira RM1,500, dan tujuan ikat jamin adalah untuk memastikan tertuduh menghadiri perbicaraan mahkamah,” katanya. Norita menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari depan sebagai tarikh sebutan berikutnya. Untuk rekod, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid pada 11 Mei tahun ini mengesahkan bahawa tertuduh telah ditahan kerana menggunakan kata-kata kasar untuk mengkritik PKP yang sedang dijalankan dalam sebuah video. Beliau berkata lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil, dan mereka telah memulakan siasatan dan akan merujuk kepada timbalan pendakwaan awam jika terdapat sebarang tindakan yang perlu diambil terhadap lelaki itu. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI