suria

“Saya halalkan” - Bos Mydin ikhlas demi kelangsungan hidup mangsa banjir

Mydin Mart halalkan barangan yang dicuri untuk kelansungan hidup

MYDIN Mart menghalalkan setiap barangan yang dicuri dengan niat untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat banjir yang melanda di Lembah Klang ketika ini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin berkata, walaupun tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, dia percaya bahawa individu terbabit mungkin terpaksa berbuat demikian disebabkan keadaan darurat.

"Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

"Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

"Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa," katanya.

Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor antara premis yang musnah akibat banjir pada 18 Disember lalu dan kerugian dijangka melebihi jutaan ringgit.

Sebelum ini, polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Sri Muda, khususnya Seksyen 15 yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Antara premis terbabit ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Mydin, kecurian, banjir, halal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain