SEORANG bidan membantu wanita yang hamil luar nikah untuk melahirkan bayi mereka. Namun, tindakannya itu hanyalah bagi membolehkan wanita berusia 33 tahun itu memperoleh keuntungan. Wanita tersebut yang digelar "Nana", merupakan dalang di sebalik geng yang polis telah namakan kod Geng Nana. Kumpulan itu sedang disiasat berhubung operasi sulitnya menjual bayi kepada pasangan tanpa dengan harga mencecah RM12,000. Kegiatan haramnya terbongkar selepas sepasang suami isteri membuat laporan polis terhadap kumpulan itu kerana gagal mendapatkan dokumen untuk anak "angkat" mereka. Semalam, polis Melaka berkata mereka telah melumpuhkan sindiket pemerdagangan bayi dengan penahanan 16 individu termasuk empat wanita warga Indonesia dan menyelamatkan tiga bayi dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun. Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata anggota sindiket berusia antara 25 hingga 58 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan baru-baru ini. "Sindiket itu telah aktif sejak Mac," katanya sambil menambah bahawa anggotanya termasuk lima warga tempatan. “Kami juga telah melancarkan gerakan memburu bidan berusia 27 tahun yang masih bebas.” DCP Abdul Majid berkata kumpulan itu menggunakan platform media sosial untuk mengenal pasti wanita hamil luar nikah dan menawarkan bayaran serta perkhidmatan bidan. Bayi yang dilahirkan kebanyakannya dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai anak dengan harga RM12,000, katanya sambil menambah bahawa bidan dibayar RM1,000 untuk setiap ibu yang bersalin. Kumpulan itu telah menjual tiga bayi setakat ini, katanya, sambil menambah polis sedang mengesan individu yang berurusan dengan mereka. “Bayi yang diselamatkan ialah dua bayi lelaki, seorang bayi perempuan berusia antara dua hingga tujuh bulan dan seorang perempuan berusia lima tahun,” katanya. DCP Abdul Majid menambah bahawa polis telah merampas empat kenderaan, lapan telefon bimbit dan empat pasport antarabangsa. Semua suspek ditahan reman sehingga 27 Dis untuk membantu siasatan. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI