suria

Tujuh korban banjir di Selangor

Kawasan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

ANGKA kematian akibat banjir di Selangor kini seramai tujuh orang.

Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, empat kematian dilaporkan di Taman Sri Muda, Shah Alam.

"Punca kematian mangsa terbaharu masih belum diketahui, tetapi tiga lagi kematian akibat lemas," katanya.

Beliau menambah, peralatan khas diperlukan untuk memasuki beberapa rumah, dan memerlukan trip kedua untuk menyelamatkan mangsa.

"Kita perlu menanda rumah-rumah tersebut dan kembali dengan peralatan yang diperlukan untuk memotong jeriji," katanya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, dua lagi mayat ditemui di Sepang. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain