suria

4 buah rumah dihempap tanah runtuh, wanita warga emas cedera tertimbus hingga paras pinggang

Seorang wanita berusia 70-an tertimbus hingga paras pinggang.

PILU nasib seorang wanita warga emas apabila dia cedera ditimbus tanah runtuh.

Dalam kejadian runtuhan di Jalan Pelimbayan Indah Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, empat buah rumah turut terkesan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Khairul Azuwan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 pagi.

"Seramai 15 anggota dan dua pegawai serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail dan Sri Hartamas dikerah ke tempat kejadian," katanya pada Isnin.

Khairul Azuwan berkata, setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap empat buah rumah.

"Seorang wanita berusia 70-an tertimbus hingga paras pinggang. Kami berjaya mengeluarkan mangsa. Dia cedera di bahagian kaki dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

"Kami menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi sebarang bahaya. Lokasi kejadian ditutup atas faktor keselamatan," katanya. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain