MAYAT seorang wanita berusia 50an ditemui di tingkat bawah sebuah flat di Taman Permata, Dengkil pada Isnin. Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, mangsa dipercayai lemas akibat banjir. "Mayat ditemui kira-kira pukul 8.20 pagi Isnin (20 Disember) dengan paras air sedalam kira-kira dua kaki," katanya ketika dihubungi. Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Jelasnya, punca kematian masih dalam siasatan. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI