SEMUA menteri Kabinet diarahkan untuk membatalkan cuti akhir tahun mereka sehingga masalah banjir dapat diselesaikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menteri-menteri yang sedang bercuti dan berada di luar negara supaya segera pulang ke Malaysia dan bersama rakyat dalam waktu sukar ini. "Mereka (menteri) yang masih belum bercuti dan sebagainya, batalkan percutian masing-masing sehingga selesai semua masalah banjir ini. "Mana (menteri) yang ada di luar negara, yang boleh balik... balik segera supaya kita bersama-sama dengan rakyat yang sedang kesusahan ini," katanya. Ismail Sabri berkata demikian menerusi satu ucapan yang dimuat naik di laman sosial beliau pada Jumaat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI