PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat banjir boleh memohon penangguhan bayaran pinjaman kepada PTPTN selama tiga bulan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ini berikutan bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terbabit termasuk peminjam PTPTN. "Peminjam yang terkesan boleh kemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Disember hingga 31 Mac 2022. "Butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan PTPTN," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Beliau berkata, keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar ini. "Diharapkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat meringankan beban peminjam yang terkesan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI