suria

Kembali menurun... Malaysia rekod 2,778 kes baharu Covid-19

Ia menjadikan keseluruhan 2,741,179 kes setakat ini.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,778 kes baharu, pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,741,179 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Batal cuti: Menteri pulang dari luar negara perlu jalani kuarantin - Khairy

Kes baharu itu menunjukkan penurunan berbanding 3,160 kes harian pada Sabtu.

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain