suria

Tuan Ibrahim positif Covid-19... 4 anak, seorang cucu turut dijangkiti

Tuan Ibrahim mengumumkan khabar duka melibatkan keluarganya menerusi Facebook. Foto: BERNAMA.

MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan positif Covid-19.

Hal itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi miliknya pada Ahad petang.

Selain Tuan Ibrahim, lima lagi ahli keluarganya turut disahkan positif wabak itu.

"Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19.

"Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan," ujarnya.

Dalam pada itu, netizen di ruangan komen turut menitipkan doa buat Tuan Ibrahim sekeluarga agar mereka diberi kesembuhan segera.

Artikel Lain