suria

Semua kos ditanggung! Ini senarai penempatan kuarantin jemaah umrah disediakan kerajaan

Jemaah umrah diberi pilihan dari segi penempatan kuarantin sebaik tiba di tanah air. - gambar hiasan

KERAJAAN akan menanggung kos urusan kuarantin bagi jemaah umrah yang pulang dari tanah suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kos yang ditanggung itu termasuk termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang, bagi penempatan kuarantin yang diuruskan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang varian Omicron, kerajaan tangguh sementara kebenaran perjalanan umrah

"Kita faham ramai jemaah yang risau akan kos tambahan dan mungkin tidak selesa apabila dikuarantin nanti.

"Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta merujuk hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.

"Bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu dalam pemantauan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditempatkan di hotel atau pusat latihan awam.

"Ia bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan. Bagi pilihan ini (penempatan kuarantin diuruskan kerajaan), kos urusan kuarantin ditanggung oleh kerajaan termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata, tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM.

Dilaporkan timbul rungutan beberapa pihak mengenai kos tambahan yang perlu ditanggung jemaah umrah yang tiba di tanah air bermula 3 Januari.

Terdahulu, dilaporkan bahawa perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia akan digantung sementara mulai 8 Januari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jemaah yang pulang dari Arab Saudi pula akan dikenakan kuarantin wajib di pusat yang ditetapkan, bermula 3 Januari.

Jelas Khairy, keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron Covid-19.

Berikut adalah senarai pusat kuarantin untuk jemaah:

Stesen kuarantin Institut Latihan Awam (ILA):

1. AKEPT Nilai

2. IAB Nilai

3. ILIM Bangi

4. ISEF Bangi

5. ILKAP Bangi

6. Pulapol KL

Stesen kuarantin hotel:

Negeri Sembilan:

1. Klana Resort, Seremban

Kuala Lumpur:

1. Hotel Royal

2. Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang

3. Hotel IBIS, KLCC

4. Hotel Furama, Bukit Bintang

5. Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade

6. IBIS Style KL Fraser Business Park

7. Hotel AnCasa

8. Hotel Cosmo

9. Hotel KIP

10. Hotel Arena Star

Selangor:

1. Hotel Sama-sama

2. Hotel Gorsett Grand, Subang

3. Hotel Crystall Crown, PJ

4. Hotel Sunway Clio

5. Hotel Hilton Garden Inn, Puchong

6. Hotel Oriental Crystal

7. Hotel Summit, USJ

8. Hotel Pegasus, Shah Alam

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain