suria

Tiada lagi PKP, SOP sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina diumum tak lama lagi

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Foto: BERNAMA.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) tidak tidak akan dilaksanakan walaupun negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri Kanan Pertahanan itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mengambil langkah lebih tegas seperti menghentikan pergerakan keluar dan masuk negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada individu tak divaksin tapi dapat ke luar negara, Malaysia catat 122 kes Omicron setakat ini

“Kami akan mengambil langkah perlu berdasarkan tahap risiko negara lain.

“Ini berdasarkan taklimat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa 245 kes Omicron telah direkodkan di Malaysia setakat ini,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, sebilangan besar jangkitan ini adalah daripada mereka yang pulang dari luar negara.

“Saya perlu tegaskan bahawa PKP berskala besar yang kita semua hadapi sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula.

“Ini dilakukan dalam usaha kita untuk beralih ke fasa endemik yang sepatutnya diumumkan awal tahun ini,” katanya sambil menambah pelaksanaan itu telah ditangguhkan berikutan penularan varian Omicron.

Beliau berkata kerajaan juga ingin melihat kesan banjir baru-baru ini serta kluster pengembara.

“Buat masa ini, varian Omicron dilihat tidak memberi kesan serius kepada perumahnya tetapi kadar jangkitannya adalah esktrem.

“Selagi ia tidak memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan kita, terutamanya unit rawatan rapi (ICU), saya rasa ini tidak merisaukan,” katanya.

Menteri Pertahanan juga berkata prosedur operasi standard (SOP) sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina akan diumumkan tidak lama lagi. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain