suria

Terpisah 20 bulan, ibu dan anak akhirnya bertemu semula

Detik kepulangan seorang wanita bertemu keluarganya. sumber FB cheahwenjie

SEORANG wanita akhirnya pulang bertemu semula keluarganya yang terpisah selama setahun dan lapan bulan, termasuk seorang anak perempuan yang masih bayi ketika ditinggalkan.

Pengguna Facebook, Cheah Wen Jie memuat naik satu video pertemuan semula gembira dengan isterinya yang tidak disebutkan nama- dalam kumpulan Facebook Exchange Singapore-Malaysia Vaccinated Travel Lane (VTL) pada 10 Januari.

Isterinya yang bekerja di Singapura, terpisah selama 578 hari dan pulang menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 tahun ada je halangan, pembantu jurutera di Singapura pulang bawa kejutan... 3 adegan, 3 kali si ibu 'hujan' di restoran

Video bermula dengan Wen Jie memandu ke 'tempat menjemput' VTL di mana dia menghadiahkan isterinya dengan sejambak bunga.

Rakaman kemudian bersambung di rumah mereka, di mana Wen Jie bersikap selamba sebelum isterinya melangkah masuk menerusi pintu depan.

Anak perempuan sulungnya menjerit kegembiraan melihat ibunya dan berlari ke arahnya dan memeluk erat.

Wanita itu kemudiannya mendekati dan memeluk anak perempuan keduanya.

Namun anaknya itu bingung tanpa menunjukkan banyak reaksi dalam pertemuan tersebut.

balik jumpa anak 2

Pertemuan dua beranak menyentuh emosi. sumber FB cheahwenjie

Dalam perkongsian itu, Wen Jie berterima kasih kepada VTL yang membolehkan isterinya pulang ke rumah setelah sekian lama.

Pertemuan dua beranak yang menyentuh emosi. sumber FB cheahwenjiea VTL yang membolehkan isterinya pulang ke rumah setelah sekian lama.

"Masa dia berlepas ke Singapura, usia anak perempuan kami belum pun setahun," tulis Wen Jie.

Seterusnya, isteri Wen Jie juga dilihat memeluk ibunya yang menangis menyaksikan kepulangannya.

Adik perempuan wanita itu yang juga tidak menyedari kepulangannya, masuk ke bilik tidur dan bersembunyi sebelum berteriak melihat kakaknya.

Anak-anak perempuan Wen Jie kemudian berlari kegembiraan ke bilik di mana dua beradik itu berpelukan dan kemudiannya mengejar satu sama lain. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain