KHABAR gembira buat 'kaki makan' di luar sana, portal Majoriti mengumumkan kerjasama dengan IOI Properties Group Berhad (IOIPG), sekali gus bakal menawarkan pakej bufet eksklusif untuk para pembaca dan pelanggan. Menerusi kolaborasi baharu itu, penggemar makanan bakal menerima tawaran diskaun 25 peratus eksklusif untuk menikmati hidangan bufet yang lazat di hotel berprestij di bawah IOIPG yang turut memenangi anugerah seperti Hotel Le Meridien Putrajaya; Hotel Marriot Putrajaya; Four Points by Sheraton Puchong dan Hotel Palm Garden Putrajaya. "Makanan merupakan sesuatu yang menyatukan semua orang dan kami pasti ramai yang ingin menjamu selera dan menghadiahkan diri mereka sendiri dengan hidangan yang lazat di kesemua hotel terkemuka itu. "Kami sangat teruja kerana dapat memberikan tawaran hebat kepada pembaca Majoriti. "Ini adalah ucapan terima kasih kepada IOIPG yang berkongsi hasrat yang sama seperti kami untuk sentiasa mengutamakan keperluan pengguna serta membawa nilai tambah sebagai sebahagian daripada tawaran mereka," kata Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee dalam satu majlis khas di Le Meredien, Putrajaya, Isnin. Sementara itu, Pengurus Besar Kluster IOI Properties, Kumar Renoo berkata, pihaknya berharap dapat memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada mereka yang mencari pengalaman tempatan unik, masakan serta perkhidmatan terbaik sekiranya berkunjung ke IOI Resort City. "Beberapa tawaran menarik juga perlu diberi perhatian di platform Majoriti termasuklah diskaun pakej bufet lazat di IOIPG," katanya. Majoriti merupakan portal Bahasa Melayu baharu yang memberi tumpuan kepada penyediaan laporan berhubung hal ehwal semasa. Selain itu, Majoriti juga memberikan nilai tambah kepada para pembaca bersama rakan strategiknya. Berslogankan Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang menyediakan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI