suria

“Dia tetap darah daging saya” – Bapa suspek kes penggal kepala ibu maafkan anak

Bapa berusia 61 tahun itu berasa sedih selepas kehilangan isteri tercinta. -gambar hiasan

"APAPUN dia tetap anak dan darah daging saya."

Begitulah kata-kata seorang bapa kepada suspek yang dipercayai memenggal kepala ibunya hingga maut.

Bapa berusia 61 tahun itu tetap memaafkan perbuatan anaknya meskipun berasa sedih selepas kehilangan isteri tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek penggal kepala ibu sebab tak dapat duit beli dadah - Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis ibu maut dipenggal anak... suasana hiba, hanya bacaan al-Quran di rumah mangsa

Enggan namanya didedahkan, katanya, tragedi berdarah itu amat mengejutkan dan memberi kesan mendalam kepada mereka sekeluarga.

"Ini mungkin kesilapannya tetapi apa boleh buat semuanya sudah terjadi kepada keluarga kami," ketika ditemui semasa menunggu jenazah isterinya dari Hospital Sungai Buloh untuk dibawa ke Surau An Nur di Kampung Baru, Pasir Penambang di Kuala Selangor, pada Isnin.

Menurutnya, sebagai bapa sudah tentu dia inginkan yang terbaik buat keluarga, namun semua itu di luar kemampuannya.

"Saya hanya mampu berdoa agar anak saya berubah lebih baik, menjadi insan berguna dan menginsafi kesilapan yang dilakukan," katanya.

Mengulas kejadian itu, lelaki itu berkata, semasa kejadian dia tiada di rumah kerana keluar menjual udang di Kampung Bukit Belimbing.

"Saya mengetahui kejadian ini selepas dimaklumkan oleh seorang rakan. Saya bergegas pulang dan mendapati orang ramai sudah mula berkumpul di luar rumah dan arwah isteri sudah meninggal dunia," katanya.

Bapa tujuh anak itu berkata, arwah isterinya itu disifatkan seorang yang peramah, baik hati dan taat serta rajin beribadah. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain