suria

Himpunan #TangkapAzamBaki: Jalan sekitar Bangsar sesak, polis lencong 5 laluan

Jalan di sekitar Bangsar sesak ekoran susulan penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki.

KESESAKAN lalu lintas bermula di Bangsar menjelang perhimpunan #TangkapAzamBaki.

Tinjauan di lokasi kejadian menunjukkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke Jalan Bangsar di Kuala Lumpur pada pagi Sabtu (22 Januari).

Setakat pukul 9.30 pagi, Jalan Pantai Baru dan susur keluar Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) ke Jalan Bangsar sesak berikutan polis telah melencongkan lalu lintas di lima jalan.

Jalan-jalan yang ditutup adalah Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

Selain lencongan laluan, operasi MRT, LRT, Monorel dan KTM termasuk stesen LRT Bangsar akan ditutup sementara dari pukul 7 pagi hingga tamat perhimpunan.

Sementara itu di Kuala Lumpur, trafik sesak berhampiran Bulatan Dato Onn menghala ke Bank Negara, Jalan Sultan Ismail berhampiran Bangunan Sime Darby, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching serta di Jalan Tun Razak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

Demonstrasi yang dirancang pada pukul 11 pagi Sabtu adalah untuk menuntut tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Penganjur perhimpunan memutuskan untuk memindahkan tempat perhimpunan protes ke jambatan berhampiran LRT Bangsar, selepas polis mengumumkan bahawa lokasi awal di pusat beli-belah Sogo sebagai kawasan larangan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain